Ini kerana syarikat Charge telah memperlihatkan model Mustang berkuasa elektrik yang sedia untuk memasuki fasa produksi kelak.
Biarpun dengan pendekatan futuristik, Charge masih lagi mengekalkan bentuk badan Mustang Fastback 1967 dengan menggunakan kerangka yang dilesenkan secara sah bagi mengekalkan keaslian rekaan klasik kereta tersebut.
Mustang elektrik ini didatangkan dengan kelengkapan seperti lampu utama LED, rekaan roda yang unik, pemegang pintu yang tertanam kemas, serta rekaan gril hadapan yang tertutup.
Ruang kabin pula didatangkan dengan skrin kluster instrumen digital, skrin infotainmen menegak, roda stereng yang serba minimalis, serta punat pemilihan mod pemanduan di bahagian tengah.
Dari segi kuasa, terdapat dua motor elektrik dengan sistem pacuan semua roda yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 536 hp dan daya kilas 1,500 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.9 saat.
Pek bateri 64 kWh pula membolehkan pemanduan sejauh 322 km untuk sekali cas penuh, disokong dengan keupayaan pengecasan pantas DC 50 kW.
Berita kurang baiknya, hanya 499 unit Mustang elektrik sahaja yang akan memasuki barisan produksi dengan harga jualan bermula dari £350,000 atau RM1,925,724 mengikut kadar pertukaran matawang semasa.