Pesawat bernilai AS$200 juta (kira-kira RM838.5 juta) itu direka khas lengkap dengan pusat arahan untuk presiden, pegawai-pegawai tingginya termasuk Setiausaha Pertahanan dan Ketua Turus Bersama, andai berlaku serangan nuklear atau kecemasan negara.
Pesawat itu juga dikatakan mampu terbang di udara selama seminggu penuh tanpa perlu mendarat.
Tapak pengesanan penerbangan tentera menunjukkan pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai berlepas dari pangkalan Tentera Udara AS di bandar Lincoln, negeri Nebraska pada petang Isnin lalu.
AS bagaimanapun enggan mengulas lanut mengenai tujuan latihan penerbangan pesawat Boeing E-4 itu.