Selain daripada warna baharu, Yamaha X-Max 250 turut diberikan perubahan pada perumah lampu membelok dengan efek asap serta rekaan kunci serba baharu.
Enjin silinder tunggal 250 cc menghasilkan 22.5 hp @ 7,000 rpm dan 24.3 Nm @ 5,500 rpm itu kini mematuhi piawaian pelepasan emisi Euro4, dipadankan dengan kotak gear automatik dan pacuan tali sawat V.
Harga jualan untuk skuter X-Max 250 2022 turut meningkat sedikit, di mana ia kini bermula dari RM21,998, tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.