Terletak di Asturias, utara Sepanyol, Muzium Fernando Alonso itu sedang dalam proses membesarkan ruang pameran dalam usaha membawa masuk barangan baru.
Kenderaan Toyota Hilux itu menarik perhatian peminat Alonso yang tidak sabar menunggu peluang melihat kenderaan berkenaan di pamerkan di muzium itu kata pengurusnya, Ricardo Moran.
"Ia adalah satu karya yang paling dinanti-nantikan," kata Moran sambil menambah bahawa keunikannya 'menyerlah' berbanding kereta lain di muzium yang turut mempamerkan kereta Toyota yang dipandu Alonso ketika muncul juara dua kali Le Mans dan kereta Renault F1 yang dipandunya ketika muncul juara dunia pada 2005.
Muzium berkenaan turut menawarkan barangan yang boleh mengimbau karier perlumbaan Alonso melalui pakaian, trofi dan topi keledar termasuk kart pertamanya yang dibuat sendiri oleh bapanya Jose Luis untuk kakaknya.