Menurutnya, setakat ini, tujuh buah bot jenis Whaly pelbagai saiz dengan nilai RM267,000 telah diserahkan secara rasmi kepada PDRM.
“Bencana banjir adalah sesuatu yang kita anggap fokus paling utama yang perlu diberikan pada waktu ini berikutan seluruh dunia mengalami perubahan fenomena cuaca menyebabkan kita perlu belajar daripada apa yang berlaku walaupun kita sudah faham cara untuk menghadapi bencana dan banjir.
“Dengan itu, sebagai permulaan hari ini kita sudah memperoleh tujuh bot jenis Whaly pelbagai saiz yang begitu lasak dan sesuai digunakan dalam operasi keselamatan serta menyelamat mangsa banjir untuk tempoh terdekat ini.
“Kini, masih berbaki 43 bot lagi yang dijangka diterima dalam tempoh 10 minggu lagi untuk kita serahkan kepada negeri yang memerlukan,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja Pengurusan Banjir Pantai Timur di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Galing, Kuantan semalam.