Berdasarkan kajian terbaharu oleh para pengkaji dari Ben-Gurion University of the Negev mendapati kebolehan navigasi secara semula jadi ikan emas membolehkan haiwan tersebut 'memandu' menuju ke poin yang ditetapkan.
Eksperimen pemanduan ini terdiri daripada sebuah akuarium yang diletakkan atas robot bermotor yang dilengkapi sistem komputer, penderia LiDAR, serta kamera yang mengesan pergerakan ikan tersebut.
Sistem kamera itu tadi akan merekodkan pergerakan ikan di dalam air sebelum menterjemahkannya kepada arah pemanduan yang sebenar, dan ikan tersebut diajar untuk menuju ke sasaran berwarna sebelum diberikan hadiah makanan.
Setelah beberapa hari eksperimen tersebut dijalankan, mereka mendapati ikan emas tersebut berjaya menuju ke sasaran yang telah ditetapkan.
Malah, saintis tersebut mendakwa ikan emas itu mampu menyelesaikan misi walaupun beberapa kali terganggu akibat terlanggar dinding serta tidak tertipu dengan sasaran palsu yang sengaja diletakkan oleh para pengkaji.
Video 'pemanduan' ikan emas tersebut boleh ditonton pada pautan di bawah:
I am excited to share a new study led by Shachar Givon & @MatanSamina w/ Ohad Ben Shahar: Goldfish can learn to navigate a small robotic vehicle on land. We trained goldfish to drive a wheeled platform that reacts to the fish’s movement (https://t.co/ZR59Hu9sib). pic.twitter.com/J5BkuGlZ34
— Ronen Segev (@ronen_segev) January 3, 2022