Menurut laporan daripada rakan media Paultan, kelibat model wagon itu sebenarnya telah pun dikesan beberapa kali di atas jalan raya kita dua tahun yang lalu.
Model berbumbung panjang ini juga mungkin akan mengikut jejak langkah kembar sedannya Volvo S60, di mana Volvo Car Malaysia telah pun melancarkan versi pemasangan tempatan (CKD) dalam varian plug-in hybrid T8.
Mengikut spesifikasi S60 CKD, ia hadir dengan trenkuasa T8 Twin Engine 2.0 liter dengan pengecas turbo dan pengecas lampau yang mampu menghasilkan 320 hp dan 400 Nm.
Dengan bantuan motor elektrik, output keseluruhan adalah sekitar 407 hp dan 640 Nm.
Nantikan kemaskini berhubung pelancaran model wagon ini kelak.