Siasatan itu melibatkan kira-kira 580,000 unit kenderaan Tesla yang telah terjual sejak tahun 2017 berhubung fungsi "Passenger Play" yang membolehkan permainan (game) dimainkan pada skrin paparan ketika kereta sedang dipandu.
Menurut NHTSA, ciri yang dinyahkunci oleh Tesla ini dikatakan mampu mendatangkan gangguan kepada pemandu selain meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
Sebelum ini, ciri permainan ini hanya boleh diakses ketika kenderaan berada di dalam mod parkir sahaja.
Sumber: Auto News