Ia akan menampilkan generasi-generasi terdahulu Type R seperti EK9 (1997), EP3 (2001), FN2R (2007), FD2R (2007), FK2 (2015), FK8 (2017) dan DC5 (2001).
Selain daripada itu, Exhibition R ini akan turut menyaksikan kehadiran model-model domestik Jepun (JDM) seperti S660, S2000 AP1, S2000 AP2, Honda NSX NA1, serta beberapa model Type R Eropah yang sukar untuk didapati di sini.
Acara Exhibition R akan berlangsung di pusat 3S Honda Ban Lee Heng Melaka dan ia akan dikawal ketat bagi memastikan pematuhan SOP dan penjarakan fizikal.
"Berikutan sambutan yang menggalakkan terhadap Muzium Mini Type R di Honda Ban Lee Heng Seremban, kami mendapati ramai peminat model kenderaan ini.
"Jadi, kami berharap kerjasama dengan Type R Owner Club Malaysia ini dapat memberikan pengalaman yang tidak dilupakan pada para peminat Honda Type R dan model-model JDM," kata Pengarah Pemasaran Ban Lee Heng Motor Group.