Shell tawar baucar RM5 untuk setiap 200 mata ganjaran Bonuslink terkumpul

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai meraikan pembukaan semula sempadan negeri, Shell Malaysia melancarkan kempen 'Every Little Point Counts' khusus buat para pemegang kad BonusLink.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kempen ini, baucar Shell bernilai RM5 akan diberikan untuk setiap 200 mata ganjaran BonusLink yang dikumpul sepanjang bulan November dan Disember 2021 ketika membuat pembelian di stesen minyak Shell di seluruh negara.
 

Shell


Para pelanggan bebas untuk membuat apa jua transaksi seperti pembelian bahan api, snek, konfeksionari, Costa Coffee atau apa jua barangan yang diperlukan ketika membuat perjalanan hujung minggu.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu meleretkan kad BonusLink atau menggunakan aplikasi BLINK ketika membuat pembelian di stesen minyak Shell.

Baucar RM5 akan terus dihantar ke aplikasi BLINK atau emel yang berdaftar dengan BonusLink setelah 200 mata ganjaran BonusLink berjaya dikumpul.
 

Shell


Malah, dengan poin BonusLink dan e-baucar yang terkumpul, pelanggan boleh menebus ganjaran khas dalam kedai serendah 100 mata ganjaran BonusLink untuk mendapatkan barangan seperti sosej Deli2go Firecracker, Vanilla Sultana roll, Keropok Ikan Shell Select dan macam-macam lagi.

Pelanggan yang pertama kali mendaftarkan diri menggunakan aplikasi BLINK akan menerima baucar Shell bernilai RM4 dan 100 mata ganjaran BonusLink sebagai hadiah alu-aluan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean, menyatakan bahawa Shell telah bersedia…
Berita Domestik
Hari ini, syarikat minyak global Shell menjawab perkara tersebut dengan berkata bahawa ia kekal "…
Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…