Menurutnya, pihak polis sentiasa menjalankan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan samseng jalanan yang menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Katanya, polis menggerakkan usaha bagi mengekang pemilik yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut peraturan atau 'fancy' termasuk plat palsu.
"Hasil operasi diadakan itu, polis mengeluarkan tujuh saman ke atas penunggang motosikal. Tiga daripada kenderaan ditahan dikesan tiada plat pendaftaran, dua menggunakan plat 'fancy' dan dua lagi tidak mematuhi peraturan ditetapkan," katanya.
Asmadi berkata, sebanyak 127 kenderaan diperiksa dalam operasi itu membabitkan 56 motosikal, 37 kereta dan 34 lori.
Menurutnya, polis turut mengesan dua kereta menggunakan plat nombor tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, dua tiada nomnbor plat, sebuah lori tanpa nombor plat manakala dua kenderaan pelbagai guna (MPV) turut tidak menggunakan nombor plat.
Katanya, antara alasan diberikan pemilik kenderaan adalah mahu kenderaan kelihatan unik dan bergaya dengan menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
"Tindakan mereka ini sudah tentu menimbulkan kekeliruan sehingga sukar dibaca. Ini antara masalah apabila ada antara pemilik kenderaan ini gemar memandu melebihi had laju dibenarkan, langgar lari dan pembabitan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman pada nombor plat kenderaan.
"Pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Sek 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987 (nombor Plat fancy / kabur /kotor) dan Kaedah 006 (1)LN173/59 (No plat tidak ikut peraturan).
"Pengguna jalan raya dinasihati sentiasa mematuhi peraturan selain tidak melanggar lampu isyarat ketika berurusan di pusat kerajaan di sini ," katanya.