Namun begitu, syarikat automotif nombor satu dunia itu masih mengekalkan sasaran tahun fiskal 2021 - 9 juta unit kenderaan. Toyota yakin jualan selepas Disember akan kembali normal dan akan menggantikan jualan bulan-bulan yang sedikit lembab.
Potongan 150,000 unit untuk November akan datang dari jualan domestik yang akan dikurangkan sebanyak 50,000 dan bakinya dari pasaran global.
Menurut Nikkei Asia, satu syarikat pembekal komponen Toyota berkata masalah kekurangan cip masih lagi kronik.
Pengguna di Malaysia turut terkesan dengan waktu menunggu untuk sesetengah model baharu boleh melewati tempoh enam bulan atau lebih sekarang.
*Laporan penuh di Nikkei Asia