ABB Terra 360 - stesen pengecasan terpantas di dunia, cas 3 minit dapat jarak 100 km

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat teknologi ABB baru-baru ini mengumumkan stesen pengecasan kenderaan elektrik yang terpantas di dunia, dengan keupayaan untuk menawarkan jarak 100 km dengan hanya pengecasan tiga minit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terra 360 disifatkan sebagai penyelesaian moden kepada stesen minyak, stesen pengecasan urban, kawasan parkir serta armada kenderaan elektrik komersial.

Ia menampilkan jalur cahaya LED yang boleh disesuaikan, serta skrin paparan LCD 27 inci yang akan memaparkan garis panduan kepada pengguna untuk memulakan proses pengecasan, serta mendapatkan informasi berkenaan status pengecasan dan bateri.
 

abb


Dengan keupayaan output maksimum 360 kW, masa pengecasan penuh untuk sesebuah kereta elektrik boleh diselesaikan dalam masa 15 minit atau kurang.

Dan seperti yang pernah disebut di atas, masa pengecasan selama tiga minit (yang lebih kurang serupa dengan masa untuk pengisian bahan api di stesen minyak) boleh menambah jarak operasi sebanyak 100 km.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…