Temujanji pemeriksaan pada tarikh penutupan akan dibatalkan dan bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik kepada pelanggan terlibat dalam tempoh 30 hari.
Temujanji pemeriksaan boleh dilakukan semula apabila pusat pemeriksaan beroperasi kembali seperti biasa.
Sehubungan dengan ini, pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika menerimanya sepanjang tempoh penutupan cawangan tersebut.
Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi PUSPAKOM dari semasa ke semasa.