Menurut laporan daripada Car and Driver, model 718 versi EV telah pun diperlihatkan menerusi model konsep Mission R awal bulan lalu, dimana anda boleh menggambarkan versi produksi yang sebenar dengan 'membuang' segala komponen aerodinamik yang biasanya dikhaskan untuk tujuan perlumbaan.
Namun, Porsche turut mempunyai beberapa cabaran untuk membangunkan model 718 EV, seperti contoh mensasarkan berat sekitar 1,656 kg disebabkan pek bateri yang agak berat, meskipun Porsche telah membangunkan platform PPE yang lebih pendek untuk model ini.
Selain itu, Porsche juga turut mensasarkan jarak gerak minimum sekitar 402 km, dengan konfigurasi asas motor elektrik tunggal di belakang, atau varian pacuan semua roda dengan motor elektrik berkembar.
Sama seperti penawaran sedia ada, Porsche 718 EV bakal ditawarkan sebagai model Boxster dan Cayman, dengan rekaan badan yang hampir menyamai model semasa dan dengan muka hadapan seakan model Taycan.
Sumber: Car and Driver