Chevrolet Silverado ZR2 2022 - trak pikap off-road, saing dengan F-150 Raptor, Ram 1500 TRX

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, pasaran trak pikap sememangnya besar, dan disebabkan itu Chevrolet kini menambah sebuah lagi varian baharu terhadap barisan trak Silverado menerusi pengenalan trim ZR2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Chevrolet, Silverado ZR2 menawarkan pakej off-road terbukti yang boleh dibeli terus oleh pelanggan dari bilik pameran, di mana ia boleh dibezakan menerusi penampilan gril hadapan unik, emblem 'flow-tie' serta penambahan beberapa unit pencahayaan.
 

ZR2


Pemasangan bampar keluli yang unik itu membolehkan trak ini menawarkan sudut mendatang sehingga 31.8 darjah, dan boleh dicabut dengan mudah untuk proses penggantian, terutama selepas melayan laluan off-road dengan lasak.

Kemasan hitam turut diberikan pada hud enjin, sebelum diakhiri dengan tampalan lencana ZR2 dan rim khas bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar off-road bersaiz 33 inci.
 

ZR2


Dari segi kuasa, Silverado ZR2 ini didatangkan dengan enjin 6.2 liter bentangan V8 yang mampu menghasilkan 420 kuasa kuda dan 624 Nm, dibantu dengan electronic locking differential depan dan belakang, serta Terrain Mode yang membolehkan pemanduan satu pedal ketika mendaki laluan berbatu.

Sistem suspensi unik menampilkan penggunaan spring khas, penambahan jarak pergerakan suspensi, serta peredam Multimatic 40 mm DSSV yang pertama kali digunakan pada model Silverado.
 

ZR2


Untuk ruang kabin, pemandu akan disambut dengan penawaran upholsteri kulit Jet Black dan Graystone, diiringi dengan trim perak gelap seakan efek karbon, serta skrin kluster digital 12.3 inci dan skrin infotainmen 13.4 inci.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…