Menurut laporan daripada The Information, suntikan dana ini bakal digunakan untuk meluaskan lagi operasi syarikat itu ke negara-negara lain termasuklah di Timur Tengah dan Amerika Utara.
Syarikat J&T Express ditubuhkan di Indonesia pada tahun 2015 dan kini menjadi syarikat penghantaran kedua terbesar di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun.
Namun dalam satu laporan yang berbeza Rabu lalu, pihak Tencent menafikan laporan berkenaan suntikan dana tersebut.
Sumber: The Information, Pandaily