PLUS juga dibantu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin (JKJAV).
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail tindakan untuk menjadikan ibu pejabat PLUS sebagai PPV ialah untuk memastikan lebih ramai yang dapat menerima vaksin.
"Harapan kami agar sektor perdagangan boleh dibuka kembali dan perniagaan-perniagaan kecil dipulihkan," katanya.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin turut melawat Persada PLUS. Menurut Khairy, hampir 24 juta orang diseluruh negara telah divaksinkan. Angka tersebut merangkumi mereka yang telah menerima satu dos vaksinasi dan yang kedua.
Bangunan Persada PLUS adalah salah satu antara 14 PPV yang diwujudkan untuk mempercepatkan lagi pemberian vaksin, sekurang-kurangnya satu dos kepada dewasa menjelang 1 Ogos lalu.