VW Australia lancar Amarok W580X dengan keupayaan off-road dipertingkat

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kita menantikan kehadiran 'anak' trak pikap baharu hasil hubungan rapat VW dengan Ford, Volkswagen Australia secara rasmi melancarkan sebuah lagi trak pikap Amarok edisi khas yang dinamakan sebagai Amarok W580X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama dengan firma kejuruteraan tempatan Walkinshaw, trak pikap Amarok W580X ini mendapat beberapa kelengkapan naiktaraf seperti suspensi dengan kit pengangkat, opsyen pemasangan snorkel, penyerap hentak tiub berkembar, serta rim tempa bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar all-terrain.

 


Untuk memuatkan roda off-road itu tadi, keempat-empat arka roda diperbesarkan selain bahagian bawah badan trak ini diberikan perlindungan tersendiri.

Dari segi kuasa, Amarok W580X ini didatangkan dengan enjin bentangan V6 3.0 liter turbo berkembar diesel yang menghasilkan 255 kuasa kuda dan daya kilas 580 Nm.

Kuasa itu tadi dihantar ke sistem pacuan empat roda menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

 


Antara kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah lampu utama bi-xenon dengan lampu nyalaan siang LED, kawalan iklim dua zon automatik, tempat duduk dengan pemanas terbina, alas lantai getah, serta sistem pemantauan tekanan tayar.

Bahagian luar turut mendapat kemasan tersendiri daripada Walkinshaw seperti pelindung cermin sisi berwarna hitam, bampar belakang, serta gril hadapan yang direka semula.

 


Seperti yang diberitakan sebelum ini, Volkswagen akan menggantikan Amarok dengan generasi baharu trak pikap yang dibangunkan menggunakan asas daripada Ford Ranger generasi baharu.

Generasi baharu itu bakal dipasang di kilang Afrika Selatan, dan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…