Kenapa bandar tersebut dipilih?
Menurut penerangan menerusi saluran Youtube Mobileye, bandar New York merupakan salah satu lokasi yang kaya dengan pelbagai jenis senario merangkumi kenderaan dan pejalan kaki, serta kawasan yang memiliki kepadatan kenderaan yang agak tinggi.
Teknologi pemanduan autonomi yang digunakan oleh Mobileye terdiri daripada tatasusunan 12 kamera termasuk tujuh kamera jarak jauh, serta dua cip pemprosesan kustom yang dibangunkan sendiri oleh Mobileye.
Bagi menunjukkan keberkesanan sistem pemanduan autonomi, Mobileye telah memuat naik video yang tidak diedit sepanjang 40 minit yang memaparkan pemanduan sebenar di tengah bandar New York.
Menurut Mobileye, produk bantuan pemanduan Supervision yang telah dibangunkan sebelum ini bakal memasuki produksi pada tahun ini menerusi model Zeekr 01.