Ciri ini dijangka akan diperluaskan penggunaannya kepada penunggang motosikal di mana Kesatuan Eropah sedang dalam proses untuk mewajibkan sistem eCall ini untuk setiap model motosikal baharu yang dijual.
Menurut data, eCall bertanggungjawab menyelamatkan kira-kira 2,500 nyawa selain mengurangkan kadar kecederaan serius sebanyak 15 peratus untuk tempoh setahun.
Sebelum ini, BMW Motorrad telah pun menawarkan ciri Intelligent Emergency Call pada sesetengah model dengan tambahan kos bermula dari €300 (RM1,492) di mana ia tidak memerlukan langganan bulanan/tahunan seperti yang ditawarkan oleh LoJack.
Difahamkan, pembekal komponen automotif seperti Bosch dan Continental sedang membangunkan unit tersendiri yang boleh dijual kepada pengeluar motosikal, sementara Yamaha juga sedang mencipta program yang bersesuaian untuk ditawarkan pada masa akan datang.
Sumber: RideApart