MOT lanjutkan had usia penggunaan kenderaan perkhidmatan awam

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan akan memberi pelanjutan selama satu tahun secara automatik kepada kenderaan perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksima penggunaan seperti ditetapkan dalam syarat lesen atau permit kenderaan.


Ini termasuk kenderaan yang mendapat lanjutan pada tahun lalu, sebelum ini.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu diambil bagi membantu pemain industri pengangkutan awam khususnya pemilik teksi, bas sekolah dan bas persiaran dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksima penggunaan kenderaan untuk tempoh bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 akan diberi pelanjutan secara automatik satu tahun lagi.

Beliau berkata, pelanjutan itu adalah tertakluk kepada kenderaan terbabit menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan tahap keselamatan dan kelayakan berada di atas jalan.

 

"Pelanjutan ini akan membabitkan semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.

 

"Keputusan MOT berkaitan pelanjutan had usia bas pelancongan dan persiaran juga turut diselaraskan dengan aspek pelesenan syarikat, agensi, operator pelancongan dan pelesenan bas pelancongan serta persiaran di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berada di bawah skop kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

 

Ka Siong berkata, keputusan itu diambil susulan sesi perbincangan serta libat urus di antara kementerian itu bersama persatuan dan pengendali termasuk Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA), Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPSM), Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (GTSM), Koperasi Melayu Teksi Pulau Pinang, Persatuan Teksi India Wilayah Persekutuan dan Persatuan Kereta Sewa Hulu Selangor.

 

"Kita sentiasa mendengar dan prihatin terhadap segala rintihan para pemain industri yang terjejas akibat COVID-19, kerana perkhidmatan pengangkutan awam adalah mod pengangkutan yang dekat di hati masyarakat.

 

"Kita memahami situasi yang terpaksa dihadapi oleh pemain industri apabila tidak berupaya menggantikan kenderaan mereka pada waktu sukar ini.

 

"Diharapkan dengan pelanjutan had usia penggantian kenderaan selama setahun secara automatik ini dapat memberi kelegaan kepada industri pengangkutan awam seterusnya kembali pulih serta terus berdaya saing untuk tempoh panjang demi manfaat rakyat serta negara secara keseluruhannya," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Informasi
"Kami sedang memantau kemajuannya dan mahu mereka menyiapkan projek ini. Sasaran kami adalah…