Tesla panggil kembali 285 ribu Model 3 akibat masalah kawalan jelajah teraktif sendiri

oleh Mohamad Hanif|
Di China, Tesla terpaksa memanggil kembali lebih daripada 285 ribu unit kenderaan disebabkan permasalahan yang terdapat pada fungsi kawalan jelajah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut China's State Administration for Market Regulation, fungsi kawalan jelajah itu dikatakan mampu diaktifkan sendiri secara tidak sengaja apabila pemandu menukar gear, atau tidak sengaja menyentuh tuil penukaran gear.

Kempen terbaharu ini melibatkan 35,665 unit Tesla Model 3 CBU, serta 249,855 unit Model 3 dan Model Y CKD.

Namun menurut Tesla, para pemilik kenderaan yang terjejas tidak perlu menghantar kereta, sebaliknya Tesla akan melakukan perkara yang sewajarnya menerusi kemaskini over-the-air.

 


Dalam satu hantaran di Weibo, Tesla memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pemilik disebabkan isu ini.

China merupakan pasaran automotif terbesar di dunia, merangkap pasaran kedua terbesar bagi jenama Tesla.

Namun, pendaratan Tesla di negara tersebut mengalami kesukaran disebabkan cabaran yang dihadapi, seperti contoh larangan penggunaan kenderaan Tesla di fasiliti ketenteraan dan kerajaan disebabkan kebimbangan terhadap isu pengintipan.

Selain daripada itu, imej Tesla turut tercalar selepas syarikat itu gagal untuk menyelesaikan aduan pengguna disebabkan masalah brek.

Lebih menyedihkan, angka jualan Tesla jatuh merudum daripada 18,000 unit pada bulan April kepada hanya 9,800 unit pada bulan Mei, menurut laporan daripada The Information.

Sumber: CNN, The Information

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…