Namun, Porsche pernah terlibat di dalam membangunkan model sedan sebelum ini dan salah satu daripadanya merupakan sedan ikonik yang hadir dengan jenama Mercedes-Benz.
Awal tahun 1990-an, Mercedes mahukan sebuah sedan W124 yang pantas dan boleh melawan BMW M5 dan syarikat tersebut memohon bantuan daripada Porsche untuk membangunkan model 500 E yang datang dengan enjin V8.
Menariknya, sedan E-Class W124 pada ketika itu tidak direka untuk memuatkan sebuah enjin V8, dan ia adalah satu cabaran besar buat jurutera untuk memuatkan enjin yang besar itu tanpa bantuan daripada komputer seperti zaman kini.
Malah, terowong transmisi perlu dimodifikasi supaya mampu memuatkan sistem ekzos serba baharu, manakala unit bateri perlu dialihkan ke belakang.
Selain daripada ruang enjin, Porsche juga bertanggungjawab untuk membangunkan kembali aspek seperti badan, casis, persisian enjin, aspek akustik dan gegaran, serta pemasangan sistem pendawaian elektrik serba baharu.
Menurut Michael Hölscher, pekerja Porsche dari tahun 1986 hingga 2016 menjelaskan, pada awal projek 500 E ini dilaksanakan, mereka mengehadkan angka produksi kepada 10 unit sehari.