Minggu lalu, firma pelaburan Swiss tersebut menawarkan nilai €7.5 bilion untuk membeli Lamborghini, serta mengambil alih fasiliti Sant'Agata Bolognese.
Setelah tawaran tersebut ditolak, Quantum kini menawarkan tambahan €1 billion kepada €2 billion bagi melindungi pelaburan dan menjamin peluang pekerjaan di dalam Lamborghini.
Menurut rakan pengasas Quantum Group, Rea Stark memberitahu Automotive News, "tawaran kami masih lagi sah setelah mempertimbangkan dengan teliti keputusan kami untuk mendapatkan Lamborghini, dan sekiranya terbuka peluang untuk berunding - dari segi pelaburan, jaminan atau harga pembelian - kami masih lagi menerimanya.
"Kami menganggap keputusan ini sebagai satu tawaran yang adil, penilaian yang biasa dilakukan untuk jenama mewah."
Sebagai sebahagian daripada pembelian, Quantum juga berusaha untuk membuat perjanjian bekalan dengan Audi dalam tempoh lima tahun, selain berkongsi harta intelektualnya.
Selain daripada itu, Quantum juga akan menubuhkan fasiliti Advanced Automotive Innovation Centre di Jerman untuk menghasilkan sel dan pek bateri.
Sumber: Automotive News