Mercedes-AMG perlihat rangka aluminium model baharu SL, ganti AMG GT Roadster

oleh Mohamad Hanif|
Dalam kesibukan Mercedes-AMG menguji jentera flagship Mercedes-AMG ONE dan jentera plug-in hybrid Mercedes-AMG GT 73 e, mereka juga sedang giat membangunkan generasi baharu roadster yang bakal menggantikan peranan roadster AMG GT sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut dipamerkan adalah rangka aluminium komposit yang bakal menjadi asas kepada pembinaan Mercedes-AMG SL.

Menurut Mercedes-AMG, rangka aluminium ini tiada sebarang perkaitan dengan model-model SL yang terdahulu serta model roadster AMG GT sedia ada, di mana ia dibangunkan 100 peratus daripada awal.

 


Difahamkan, sepasukan pembangun yang terdiri daripada enam individu mengambil masa kurang tiga tahun untuk menyiapkannya, sementara fasa pra-pembangunan pula siap dalam masa tiga bulan.

Tidak seperti Mercedes-AMG GT, Mercedes-AMG SL menampilkan konfigurasi tempat duduk 2+2 dan ia memberikan cabaran kepada jurutera untuk menambahbaik aspek dinamik selain memenuhi jangkaan yang tinggi dari segi keselamatan dan keselesaan.

Namun begitu, menurut Mercedes-AMG kadar kekakuan kilasan rangka telah meningkat sebanyak 18 peratus, sementara kekakuan melintang dan membujur pula dipertingkatkan sebanyak 50 dan 40 peratus berbanding model AMG GT Roadster.

Secara keseluruhan, struktur rangka (tanpa kehadiran pintu, hud, trunk lid dan komponen lain) hanyalah seberat 270 kg sahaja!

 


Dari segi penawaran enjin, dijangkakan Mercedes-AMG akan membawakan pilihan enjin empat atau enam silinder serta nadi bentangan V8 turbo-berkembar untuk model tertinggi (AMG SL 63).

Sementara versi plug-in hybrid (AMG SL 73 e) pula dijangka membawakan trenkuasa hibrid yang mampu menghamburkan sehingga 800 hp.

 


Sumber gambar: Carscoops

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, jentera berharga dari RM3 juta itu hanya dibawa masuk sebanyak 13 unit…
Berita Global
Dalam satu temubual bersama Road and Track, ketua unit rekaan Mercedes Gorden Wagener mengesahkan…
Berita Global
Namun, sembilan unit Mercedes-AMG GT dua pintu di Amerika dikesan memiliki tahap silau yang terlalu…