Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah mendapati jentera Moto2 miliknya merekodkan gabungan berat yang tidak mencapai had minimum yang telah ditetapkan (217 kg).
Panel FIM MotoGP mendapati kegagalan pelumba Italtrans Racing Team itu melanggar Artikel 2.5.4.1 Peraturan Kejuaraan Dunia GP FIM yang telah ditetapkan.
"FIM memutuskan untuk membatalkan keputusan tersebut mengikut Artikel 3.2.1," jelas panel FIM dalam satu kenyataan.
Walaupun memulakan perlumbaan di petak 27, Hafizh Syahrin menunjukkan aksi tunggangan yang mantap sehingga berjaya memperoleh kedudukan ke-11.
Namun disebabkan masalah kenaikan suhu jentera, pelumba itu sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16.
Sumber: MotoMalaya