Menurut siaran media Proton petang tadi, ia mahu menekankan bahawa Saga kembali menjuarai takhta, walaupun ia hanya berdasarkan jualan untuk satu bulan sahaja.
Syarikat yang dikawal oleh Geely itu masih mengalami masalah perkhidmatan lepas jualan dan juga kekurangan stok alatganti.
Sementara itu sumber rapat dengan Perodua yang dihubungi oleh Careta berkata masalah stok chip komputer itu akan selesai dalam tempoh satu ke dua bulan lagi.
"Masalah kekurangan stok chip komputer ini ialah masalah global sekarang ini tetapi akan diatasi dalam masa terdekat kerana bantuan ekosistem komponen Perodua yang bergabung dengan ekosistem Daihatsu dan juga Toyota.
"Terpulang kepada pengguna samada mahu menunggu tempoh satu atau dua bulan bagi mendapatkan kereta baharu atau mahu cepat dan mengalami kerugian selama bertahun-tahun.
"Ini ialah kerana nilai jual balik Perodua jauh lebih tinggi," ujar seorang penganalisa kewangan yang dihubungi Careta berkaitan isu tersebut.