VIDEO: Hyundai Elantra N dikesan mengelilingi Litar Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Kona N, Hyundai kini sedang giat menguji sebuah lagi model N berprestasi tinggi dalam bentuk sedan, iaitu Elantra N.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan seperti yang anda jangka, model ujian Elantra N baru-baru ini dikesan sedang diuji di tempat yang tidak asing lagi, iaitu Litar Neraka Hijau (Nurburgring).

 


Berdasarkan video yang diterbitkan oleh saluran Youtube Car Spy Media, sedan Hyundai Elantra N itu menunjukkan aksi menguasai selekoh-selekoh dengan iringan runut bunyi ekzos yang sporti.

Seperti model-model N yang lain, Elantra N dijangka akan hadir dengan enjin 2.0 liter turbo yang serupa, menghasilkan kuasa setinggi 275 hp yang disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi manual enam kelajuan atau klac berkembar lapan kelajuan.

Tiada sebarang tarikh tetap pelancaran Elantra N didedahkan, namun Hyundai mengesahkan sedan pantas ini bakal menyerang beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat, Eropah, serta Australia yang menggunakan nama i30 N Sedan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…