Nahas Tesla di Texas - Elon kata Autopilot off!

oleh HEZERI SAMSURI|
Elon Musk berkata kemalangan sebuah Tesla Model S di Texas yang menyebabkan kematian dua orang pada 19 April lalu.

Dalam kejadian di luar bandar Houston itu, sebuah Model S telah melanggar sebuah pokok dan terbakar, menyebabkan dua orang penumpang lelaki maut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polis tempatan mendakwa tidak ada orang yang memandu Tesla itu kerana kedua-dua mangsa tidak berada di tempat duduk pemandu.

Agensi-agensi kerajaan seperti NHTSA dan NTSB telah melancarkan penyiasatan tetapi belum mengumumkan keputusan mereka.

Elon, seperti yang dijangka, bangkit dan berkata data dari komputer Model S menunjukan mod Autopilot tidak digunakan dan unit itu dibeli tanpa opsyen Full Self-Driving.

Mod Autopilot untuk Tesla sebenarnya lebih sesuai untuk lebuhraya dan bukannya untuk laluan persekutuan seperti jalan-jalan kebangsaan dan jalan kecil.

Ini terus membuktikan bahawa sepintar-pintar teknologi, faktor paling lemah yang berada di luar kawalan sebarang sistem komputer ialah manusia.

*Laporan penuh dari The Star

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…