Kes saman bekas pekerja Tesla yang dituduh mencuri kod sumber Autopilot selesai 

oleh HEZERI SAMSURI|
Kes saman Tesla Inc. terhadap bekas pekerjanya, Cao Guangzhi yang dituduh mencuri kod sumber untuk perisian Autopilot telah selesai.

Tuduhan tersebut dibuat secara rasmi pada 2019 dan ia berkaitan Cao yang pernah bekerja selama dua tahun untuk Tesla dan dikatakan meniru kod sumber itu sebelum beliau mula bekerja dengan Xmotors, cawangan US untuk syarikat start-up kenderaan autonomi Xpeng Inc. dari China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terma penutupan kes termasuk bayaran oleh Cao kepada Tesla tetapi jumlahnya tidak disebut.  

Wakil peguam Cao telah mengesahkan penyelesaian kes tersebut dan berkata Cao tidak pernah mendapat sebarang akses kepada mana-mana data Tesla selepas beliau meninggalkan syarikat tersebut.

Cao juga kemudiannya meninggalkan XMotors. 

XMotors yang tidak terbabit di dalam kes saman itu berkata ia menghormati Hak Harta Intelek dan hanya bergantung kepada hasil kajian R&D mereka sendiri.

* Laporan penuh dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…