35 minit larikan diri dari polis, pemandu Waja terbabas dan maut

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar pokok ketika cuba melarikan diri daripada diperiksa polis di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Kandang-Bukit Lintang, semalam.


Dalam kejadian jam 4.05 pagi, lelaki berusia 51 tahun terbabit maut di lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata kereta peronda polis (MPV) yang membuat rondaan cegah jenayah di AMJ Tanjung Minyak terserempak Proton Waja jam 3.30 pagi dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan kenderaan itu berhenti.

 

Bagaimanapun kereta terbabit memecut laju dan dikejar MPV dari Lebuh AMJ Tanjung Minyak - Cheng.

 

"Dengan bantuan empat lagi MPV, polis menggunakan siren dan pembesar suara mengarahkan supaya (pemandu Waja)," katanya.

 

Beliau berkata, Proton Waja itu terus memecut menghala ke Muar, Johor dari AMJ Ayer Molek dan disebabkan hujan, Proton Waja itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar dua pokok di bahu jalan.

 

"Suspek disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat," katanya.

 

Afzanizar berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan selain unit anjing pengesan (K9) juga dihantar bagi mengesan barang yang dibuang keluar dari kenderaan oleh pemandu Proton Waja.

 

Semakan mendapati mangsa mempunyai dua rekod lampau membabitkan samun dan pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

 

 

waja
gambar ihsan dari PDRM

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Semasa diserbu, suspek cuba melanggar anggota menyebabkan tiga das tembakan dilepaskan bagi tujuan…
Informasi
"Polis percaya sebahagian daripada kumpulan penyerang telah melarikan diri ke Malaysia mengikut…
Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…