Tesla kini sah boleh dibeli menggunakan bitcoin - Musk

oleh HEZERI SAMSURI|
Elon Musk berkata produk-produk Tesla kini boleh dibeli menggunakan matawang krypto bitcoin.

Ini semakin mengukuhkan lagi matawang alaf baharu itu dan menguatkuatkan teori bahawa Musk adalah pejuang untuk kumpulan "geek" tetapi lebih penting lagi, Musk ialah pemangkin teknologi baharu dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat masa sekarang, hanya mereka yang berada di US boleh menggunakan bitcoin untuk membeli Tesla sementara pasaran luar akan bermula pada hujung tahun ini.

Bitcoin ialah matawang digital terbesar di dunia, dan pengumuman Musk melalui Tweet beliau menyebabkan bitcoin mengukuh kepada US$56,178, naik lebih dari 4 peratus.

Musk juga menerangkan bahawa bitcoin yang diterima dari penjualan kenderaan Tesla tidak akan terus ditukarkan ke matawang tradisional, tetapi akan diproses menggunakan perisian dalaman dan sumber terbuka.

Kebanyakan syarikat IT terkemuka seperti AT7T dan Microsoft membenarkan pembayaran dalam bentuk bitcoin dan ia akan ditukarkan di US Dollar.

Musk pula memang menyokong penuh matawang digital dan ia membuatkan beberapa syarikat besar yang lain seperti Mastercard dan Bank of New York Mellon Corp untuk mengambil jalan yang sama.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…