Ujar Zakaria, pihaknya memandang serius isu pemilik motosikal menggunakan ‘ekzos perang’ atau ekzos berbunyi bising itu dan tidak akan ada sebarang kompromi.
“JSPT Perak tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik motosikal yang mengubahsuai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising dan menimbulkan rasa tidak selesa pada masyarakat.
“Setiap pemilik kenderaan yang disita atas kesalahan ubah suai ekzos juga turut perlu memasang semula ekzos asal jika mahu menuntut kenderaan yang telah disita sebelum ini,” katanya.
Ujar Zakaria, JSPT Perak telah menyita 19 motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos sepanjang Op Khas Kesalahan Bunyi Bising.
“Sepanjang operasi selama dua minggu ini, kita sudah menyita 19 motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos.
“Menerusi Op Khas Kesalahan Bunyi Bising ini juga, sebanyak 679 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya.
Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar