Konsep yang sama nampaknya bakal digunakan oleh Porsche apabila pengeluar tersebut bercadang untuk memperluaskan lagi portfolio kereta elektrik Taycan selepas pengenalan model sedan dan crossover wagon Taycan Cross Turismo.
Menurut ketua produk Taycan, Stefan Wechbach mendedahkan Porsche sedang berkira-kira untuk menambah beberapa varian baharu pada model Taycan, seperti wagon biasa tanpa elemen crossover, Taycan coupe serta Taycan convertible!
Namun tambah beliau, syarikat juga perlu melihat kepada permintaan pelanggan berhubung sesebuah model yang dicadangkan sebelum membuat keputusan menawarkannya secara rasmi.
Beliau mengakui, platform Taycan sememangnya sangat sempurna untuk pertambahan idea produk masa akan datang.
Mungkin satu masa kelak, kita akan dapat melihat kehadiran Taycan dalam bentuk SUV/Crossover memandangkan segmen kenderaan tersebut lebih mendatangkan keuntungan sebenar kepada Porsche, lihat sahaja pada model Cayenne dan Macan.
Sumber: Autocar