Empat model yang dimaksudkan adalah Proton Iriz R3 Limited Edition, Proton Saga R3 Limited Edition, Proton Persona Black Edition dan MPV Proton Exora Black Edition.
Perincian spesifikasi adalah seperti berikut:
Proton Iriz R3 Limited Edition
- Kombinasi warna badan hitam dengan kemasan kuning signatur R3
- Rim rekaan baharu bersaiz 16 inci
- Pelekat grafik dengan nombor 83 (penghormatan buat jentera lumba Iriz)
- Pelekat cermin hadapan dan cermin belakang
- Lencana R3 pada pintu belakang, spoiler, cermin dan papan pemuka
- Alas kaki khas R3
- Kemasan kuning pada papan pemuka
- Stereng dan tempat duduk balutan kulit leatherette
- Terhad kepada 1,000 unit sahaja
- Harga dari RM52,900
Proton Saga R3 Limited Edition
- Kombinasi warna badan hitam dengan kemasan kuning signatur R3
- Rim rekaan baharu bersaiz 16 inci
- Pelekat grafik R3
- Pelekat cermin hadapan dan cermin belakang
- Lencana R3 pada pintu belakang, cermin dan papan pemuka
- Alas kaki khas R3
- Terhad kepada 3,000 unit sahaja
- Harga dari RM42,300
Proton Persona Black Edition
- Kombinasi warna hitam
- Kemasan warna emas
- Tempat duduk dan stereng balutan kulit leatherette
- Terhad kepada 500 unit sahaja
- Harga dari RM67,800
Sebagai makluman, harga yang disebutkan di atas hanya sah sehingga 30 Jun 2021, di mana selepas tarikh tersebut, harga jualan sedikit meningkat kepada:
- Proton Iriz R3 Limited Edition - RM53,700
- Proton Saga R3 Limited Edition - RM42,800
- Proton Persona Black Edition - RM55,600
- Proton Exora Black Edition - RM69,800