MAA - Jualan kenderaan merosot 24% untuk bulan Januari 2021

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi sektor automotif untuk bulan Januari 2021 menguncup 24 peratus kepada 32,829 unit daripada 42,942 unit setahun yang lalu.


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, penguncupan jualan itu adalah disebabkan penurunan jumlah trafik pengunjung ke bilik pameran pada bulan itu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Selain itu, ramai pelanggan sudah membeli terlebih dulu pada Disember 2020, menyebabkan stok lebih rendah pada Januari 2021 untuk beberapa syarikat.

 

"Tambahan lagi, kesan penutupan beberapa pembekal alat ganti disebabkan COVID-19 mengakibatkan kekurangan bekalan komponen dan alat ganti untuk sebahagian syarikat," katanya.

 

Mengulas lanjut, MAA mengunjurkan jumlah jualan pada bulan ini dijangka lebih rendah berbanding Januari disebabkan tempoh hari kerja yang lebih pendek.

 

Pada Januari 2021, sebanyak 39,666 kenderaan dikeluarkan berbanding 45,416 pada bulan sama tahun lalu.

 

Daripada jumlah itu, 36,186 adalah kenderaan penumpang manakala 3,480 adalah kenderaan komersial.

 

Dari segi jualan pula, daripada 32,829 unit kenderaan yang terjual pada bulan lalu, 28,872 adalah kenderaan penumpang manakala 3,957 adalah kenderaan komersial.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Ini diikuti dengan kejatuhan saham Tesla di Bursa Saham New York sebanyak 5.5 peratus. Tahun ini,…