Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dalam operasi itu bertindak menahan remaja terbabit yang menunggang motosikal jenama Kawasaki model KR150.
“Pemeriksaan di bahagian nombor plat hadapan motosikal itu didapati mengunakan nombor pendaftaran biasa yang didaftarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Walau bagaimanapun, pemeriksaan lanjut anggota mendapati nombor pendaftaran pada papan plet belakang berbeza apabila tertera AHH YOO 9941,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.