Kerjasama Silk-FAW ini akan dimulakan dengan pengenalan model hypercar mewah Hongqi S9 yang akan direka dan dibangunkan di Regione Emilia-Romagna, Motor Valley Itali yang turut menempatkan ibu pejabat Silk EV.
Sementara fasa produksi pula akan mengambil tempat di kedua-dua lokasi Itali dan ibu pejabat FAW di Changchun.
Setakat ini tiada sebarang informasi berhubung spesifikasi Hypercar S9 itu, akan tetapi mereka mengumumkan hypercar itu mendapat sentuhan daripada Walter de Silva, bekas ketua unit rekaan Volkswagen dan sebelum ini pernah mencurahkan tenaga di Alfa Romeo, Audi, dan Lamborghini.
Pengumuman itu turut disekalikan dengan imej acah yang menampilkan lakaran kasar sisi hypercar yang bakal menggunakan nama Hongqi S9 itu.
Menurut Pengerusi Silk EV, Jonathan Krane menjelaskan kenderaan yang bakal dibangunkan bersama FAW ini bakal menggandingkan pengalaman pemanduan yang dinamik, lestari dan unik dengan menampilkan teknologi dan inovasi canggih.
Kerjasama ini bakal menjadi satu peluang yang unik bagi China dan Itali dalam mengetengahkan masa hadapan teknologi mobiliti dan elektrifikasi, sekaligus mencipta satu tanda aras baharu dalam memperbaiki ekosistem automobil global.