Elon Musk pernah cuba jual Tesla kepada Apple, tapi tidak dilayan

oleh Mohamad Hanif|
Ketika zaman 'gelap', Tesla, CEO Elon Musk dikatakan pernah terfikir untuk menjual syarikat EV tersebut kepada syarikat peranti pintar Apple dengan nilai 1/10 daripada apa yang ada pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut Elon Musk, permintaan tersebut tidak pernah 'dilayan' oleh Tim Cook selaku CEO Apple, malah enggan menyertai perjumpaan yang diadakan.

Pada tahun 2017, Tesla sedang bergelut untuk meningkatkan produksi sedan Model 3, dan disebabkan hampir kesemua sumber syarikat dihabiskan ke arah itu, Tesla mempunyai risiko untuk runtuh dalam tempoh "beberapa minggu" sahaja.  

Tesla berjaya mengatasi masalah tersebut dan berterusan mencatatkan keuntungan sehingga tersenarai sebagai salah sebuah syarikat yang paling bernilai di dunia.


Berita ini timbul ketika Apple dilaporkan sedang cuba menceburi semula bidang penghasilan kenderaan elektrik menjelang tahun 2024, menurut laporan daripada Reuters.

Salah satu sebab adalah syarikat tersebut telah berjaya membangunkan teknologi bateri baharu (lithium iron phosphate) yang boleh dipakejkan dengan lebih padat di dalam pek bateri, sekaligus meningkatkan ketumpatan tenaga dan mengurangkan berat.

Ketika ditanya berkenaan perkembangan Apple, Elon Musk menjelaskan, "kereta elektrik berkemungkinan besar merupakan benda paling logik untuk Tim Cook dan Apple."

"Ia merupakan satu perkara yang cukup baik apabila Apple dilihat bergerak ke arah ini (kereta elektrik). Namun kereta adalah lebih kompleks berbanding peranti pintar atau jam pintar!"

Sumber: The Verge

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…