Ia kemudian diteruskan pada model SUV baharu Hyundai Tucson yang menampilkan kemaskini kepada ciri yang kemudian dikenali sebagai Parametric Hidden Lights, dimana ia bertindak menyerupai rekaan gril apabila lampu tidak digunakan.
Tidak seperti Hyundai Sonata yang menggunakan teknik potongan laser pada lampu nyalaan siang, Hyundai Tucson menggunakan teknologi pencahayaan yang digelar sebagai half-mirror.
Teknik ini memerlukan ruang dalaman lensa luar disalut dengan lapisan nipis bahan keluli krom nikel yang bukan sahaja mampu menawarkan perlindungan haba, ia juga mampu memberikan penampilan seakan sebuah batu permata apabila lampu DRL dinyalakan.
Namun, penambahan salutan bahan krom nikel ini kebiasaanya akan mengurangkan kadar penembusan cahaya, sekaligus mengurangkan keberkesanan unit tersebut.
Disebabkan itu, kuasa perlu ditambah kepada unit lampu untuk meningkatkan lagi kadar kecerahan lampu supaya ia mematuhi regulasi keselamatan yang telah ditetapkan.
Hyundai juga turut memperkenalkan teknologi Over-Heat Protection (OHP) bagi melindungi unit lampu daripada terjejas akibat suhu yang tinggi disebabkan peningkatan kuasa itu tadi, sekaligus menjadikannya lebih tahan lama tanpa menjejaskan tahap kecerahan lampu.
Teknologi lampu terlindung ini juga turut diaplikasikan pada lampu belakang Tucson bagi memberikan kesan yang lebih dramatik, namun binaannya tidaklah serumit apa yang didapati pada unit lampu hadapan.