PDRM terima sumbangan 18 basikal elektrik dan 8 jet ski

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Selangor menyumbang 18 basikal elektrik serta lapan jet ski kepada Polis Selangor untuk memantau pesisir laut negeri bagi mengekang pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1.15 juta untuk menyediakan kenderaan berkenaan yang akan digunakan bermula 1 November ini.

 

"Basikal elektrik serta jet ski ini akan digunakan dalam pemantauan menerusi Ops Benteng.

 

"Basikal ini kita sediakan selepas dipilih dan dipantau sendiri oleh Polis Selangor. Kita memilih basikal yang boleh dicaj, mudah alih serta ringan tetapi mempunyai kepantasan dan kekuatan seperti motosikal dan boleh digunakan di kawasan pesisir pantai," katanya selepas sesi penyerahan peralatan berkenaan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

 

Hadir menerima sumbangan berkenaan adalah Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin dan Pengarah Penjara Selangor dan Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sakeri Dollah.

 

Amirudin berkata, jet ski akan digunakan untuk memantau bot dari negara luar yang membawa PATI masuk ke negara ini menerusi Selangor.

 

Sumbangan kenderaan itu dilakukan selepas mendapati PATI adalah antara faktor gelombang terbaharu penularan wabak COVID-19.

 

Sementara itu, Noor Azam berkata, basikal elektrik akan ditempatkan di 18 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negeri ini manakala jet ski akan ditempatkan di pos Pasukan Polis Marin (PPM).

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Semasa diserbu, suspek cuba melanggar anggota menyebabkan tiga das tembakan dilepaskan bagi tujuan…
Informasi
"Polis percaya sebahagian daripada kumpulan penyerang telah melarikan diri ke Malaysia mengikut…
Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…