Kilang pemasangan di Tanjung Malim mampu mencecah produksi maksimum sebanyak 8,000 unit (sehingga Disember 2020) tetapi masalah bekalan komponen yang menjadi batasan.
“Bukannya tidak boleh dipasang lebih banyak tetapi pembekal dan vendor juga mempunyai kesukaran menampung jumlah yang tinggi,” ujarnya. Tempahan lain akan diterima pada tahun hadapan.
Varian tertinggi, 1.5 TGDi Flagship ialah varian paling popular ditempah dan datang dengan harga RM103,300. Flagship juga adalah satu-satunya varian yang datang dengan teknologi pancitan terus (direct injection), menjanjikan prestasi yang tinggi dan penggunaan bahan api yang rendah.