Ferrari panggil balik 812 Superfast - risiko cermin belakang tercabut!

oleh Mohamad Hanif|
Satu kesilapan pembuatan telah dikesan oleh Ferrari sehingga memaksa pengeluar tersebut memanggil kembali model 812 Superfast di Amerika Syarikat atas risiko cermin belakang tercabut ketika memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut dokumen yang diberikan kepada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mendapati model 812 Superfast itu memiliki masalah tersebut akibat permukaan kerja yang tidak dibersihkan dengan baik ketika proses pemasangan.

Masalah tersebut melibatkan kira-kira 1,063 unit Ferrari 812 Superfast yang dibina antara 20 Jun 2017 sehingga 15 Jun 2020, namun Ferrari menjamin isu tersebut telah dibaiki bagi model yang dipasang selepas tempoh tersebut.

Mujur masalah cermin terbang tersebut hanya melibatkan tiga orang pemilik sahaja di Jerman, manakala pasaran lain tidak melaporkan isu yang serupa.

 


Sebagai info, Ferrari 812 Superfast merupakan supercar dengan enjin 6.5 liter bentangan V12 yang mampu menjana 789 kuasa kuda dan 718 Nm daya kilas yang memacu roda belakang.

Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 2.9 saat sahaja dan mencapai kelajuan tertinggi sekitar 340 km/j.

Dengan prestasi sedemikian rupa, adalah tidak mustahil cermin belakang akan tertinggal di persimpangan lampu isyarat dan mencederakan pengguna jalan raya yang lain. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen daripada NHTSA, Ferrari telah mengenalpasti kebocoran pada sistem brek pada model…