Untuk merancakkan lagi pasaran skuter di sana, Yamaha telah membawakan sebuah model skuter yang comel, dinamakan sebagai Yamaha Vinoora.
Skuter 125 cc ini menggunakan enjin silinder tunggal dengan teknologi EFI yang digandingkan dengan transmisi CVT dan pacuan tali sawat.
Dengan fungsi tambahan seperti start-stop dan kapasiti tangki bahan api sebesar 4 liter, skuter ini mampu menawarkan kadar penggunaan bahan api serendah 1.73 liter untuk setiap 100 km.
Antara ciri menarik pada skuter ini adalah muka hadapan seakan sebuah robot kartun dengan lampu LED berkembar, manakala lampu belakang juga menggunakan LED.
Skuter ini dilengkapi dengan fork teleskopik dan penyerap hentak tunggal belakang, sementara aspek pemberhentian diserahkan kepada brek cakera hidraulik hadapan dan dram mekanikal di bahagian belakang.
Yamaha juga turut memasang slot pengecasan USB, storan bawah pelana untuk kemudahan tunggangan seharian.