Dikatakan, sebanyak 11 buah Ford Mustang Eleanor telah dibina untuk produksi, namun hanya tiga unit daripadanya yang masih berfungsi dan salah satu daripada model ini bakal dijual untuk mereka yang berminat.
Menurut iklan yang dipaparkan menerusi Al Alin Class Motors, jentera Mustang fastback ini dilengkapi dengan enjin bentangan V8 OHV dengan pengecas lampau yang menghasilkan 650 kuasa kuda.
Terdapat juga butang suis "Go-baby-Go" pada tombol gear, botol NOS, lencana Gone in 60 Seconds, tempat duduk balutan kulit serta tandatangan Carrol Shelby pada papan pemuka Mustang ini.