Jarak kelegaan bumi Livina edisi terhad ini sama sahaja seperti varian lain iaitu 205mm.
Pada bahagian dalam, warna merah digunakan pada sulaman kerusi dan sekeliling alas kaki.
Turut dilengkapi Monitor Pandangan Keliling (AVM) dengan paparan sekeling kenderaan supaya mudah untuk urusan parkir dan setara.
Livina ini juga dilengkapi Lampu Selamat Datang dan Selamat Pulang (Welcome dan Coming Home).
Ia berfungsi dengan menyalakan lampu kecil kereta selama 30 saat apabila Livina dikunci dan dibuka bagi memudahkan pengguna di kawasan gelap.
Spesifikasi keselamatan pula terdiri daripada dua beg keselamatan (SRS airbag), Lampu Bahaya (hazard) Automatik semasa Brek Kecemasan, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).
Menggerakkan Livina edisi terhad ini ialah enjin yang sama sepertu varian lain iaitu 1.5 liter VTC berkuasa 104PS pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm.
Berkenaan harga, Nissan Livina dengan Sporty Package dijual pada IDR 265,400,000 (OTR, Jakarta) atau bersamaan RM78,457.
Sementara itu, bilakah Nissan Livina baharu akan dibawa ke pasaran tempatan? Belum ada berita rasmi, apa pun kita tunggu penawaran Mitsubishi Xpander dahulu.
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan