Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori dan hadiah tunai yang dimenangi:
Bagi kategori kelas Super Sporting
- Tempat Pertama: Tengku Djan Ley (RM100,000)
- Tempat Kedua: Mark Darwin (RM50,000)
- Tempat Ketiga: Freddie Ang (RM30,000)
Para pemenang dipilih berdasarkan pengiraan pungutan mata dengan 75 peratus daripada perlumbaan yang dijadualkan dilangsungkan.
Pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang terpaksa dibatalkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Toyota Gazoo Racing musim ketiga membuka tirainya di Kuala Terengganu pada 5-7 September 2019, sebelum ke Bandar Malaysia pada 9-10 November 2019 dan Batu Kawan di Pulau Pinang pada 14-16 Februari.
Secara keseluruhannya, kejohanan ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000!