Gambar risik model Cadenza K7 generasi terbaharu (abang kepada Optima) membuktikan bahawa logo itu akan digunakan buat pertama kalinya pada model tersebut.
Hadir dalam dua warna, hitam dan merah, logo baharu itu telah wujud di dalam sistem KIPRIS (Agensi Hak Cipta Korea) sejak beberapa bulan dahulu lagi tetapi ia belum digunakan.
Menurut TheKoreanCarBlog, ada laporan yang mengatakan logo ini akan digunakan oleh model hybrid atau EV sahaja.
Adakah logo baharu ini lebih menarik? Apa pendapat anda?