Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "kami juga ingin mengumumkan bahawa pihak kami telah melaksanakan langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan para pelanggan dan pekerja berdasarkan situasi COVID-19 yang melanda ketika ini.
Tambah beliau lagi, produksi di Sungai Choh telah memulakan sebahagian daripada operasinya pada 11 Mei lalu dan kini berada beroperasi penuh demi memenuhi permintaan secepat yang mungkin.
Perodua telah memulakan operasi pusat pamerannya secara berperingkat pada 12 Mei lalu dan kini bekerja keras bagi memastikan langkah pencegahan dan keselamatan dilaksanakan dengan baik.
Para pelanggan yang ingin menghantar kereta untuk diservis perlu membuat temujanji terlebih dahulu dan pihak Perodua tidak akan melayan mana-mana pelanggan yang tidak menempah terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di premis.
Setiap pengunjung akan diperiksa suhu badan terlebih dahulu, serta diminta untuk mendaftarkan butiran peribadi dan mematuhi peraturan penjarakan sosial di dalam premis.
Cecair sanitasi tangan juga diletakkan di beberapa tempat strategik, manakala premis juga dipastikan dibersihkan dan menjalani proses sanitasi secara berkala.